Sunday, September 8, 2013

21 Tahun

Assalamualaikum..

Sekarang dah bulan 9.So umur aku dah 21tahun 7bulan.Cukup tua?Cukup muda?Muda lagii.HAHA.Sebelum ni hidup aku seriously tak pernah pikir orang lain.Aku tak pernah teringin pun nak bercinta bagai.Aicehh.Hidup aku just ada family dengan kawan kawan.Even kawan aku tak ramai tapi aku bersyukur sangat sebab dapat kawan kawan yang memahami and sentiasa ada bila aku susah senang.Aku bahagia sangat dengan hidup aku sebab aku tak pernah ada masalah dgn boyfie sebab aku SINGLE trang tang tang.

Sejak dua menjak ni seriously hidup aku bermasalah and aku tak pernah rasa macam ni.First time aku tersangkut dengan lelaki yang mulanya aku anggap macam kawan.Kawan biasa and aku pun takut takut nak try kawan dengan laki.Aku takda kawan laki.Aku hargai dia macam mana aku hargai kawan kawan aku yang lain.Aku layan dia macam aku layan kawan kawan aku yang lain.Sikit pun tak lebih.And suddenly ntah macam mana ntah boleh pulak rasa sayang.Maybe sebab hari hari dia dengan aku,hari hari texting,otp.Adehh.Aku sikit pun tak jangka macam ni.Dah malas nak cerita.Takda orang nak mengadap baca.

Untuk dia.Aicehhh.Aku tak pnh nak jiwang macam ni.Aku doakan dia bahagia.Rindu aku sayang aku aku luah dekat Allah.Allah ja yang tau.Biar dia cakap aku tak sayang dia.Biar dia cakap aku tak pnh peduli dia,tapi Allah tau macam mana aku sayang dia.Ya Allah,tolong laa.Teruk sangat dah pmpn ni.HAHA.Aku doakan dia bahagia ja.Tu ja.Please la jangan buat aku dah.Aku dah tak kuat.Bila jumpa,mulut aku sentiasa cakap aku okey,takda apa2.Aku senyum ja.Tapi dia tak tau macam mana aku tahan mata dpd teburai.HAHA.Aku pegang satu saja.Jodoh,ajal,maut,rezeki Allah dah tentukan semuanya.Kenapa nak risau?Kalau bukan dia jodoh aku,pastinya org lain.Janji lah nak kawen macam mana pun kalau takda jodoh,takda jugak.Kan.Ceh.Kosong.

Bukak balik

Assalamualaikum..

Astaghfirullah lamanya tak bukak blog.Actually lepas naik sem 3 dah kurang masa nak melagha.Dah kurang masa nak berfesbuk bagai.Dah kurang masa nak pegang netbook.Buzy tahap kera mendapat bunga.Ehh?HAHAHA.But actually now i am a graduated nurse.Aicewahh.Kemain kau jemah.Kahkahkah.Dah selamat dah semua.Tunggu masa nak convo ja.Aicewahh sekali lagi.HAHA.

Fyi,entri entri lagha zaman terdahulu dah selamat di delete.Sebabnya ada en.anon comment kat gua cakap blog gua sia sia.So gua padam lah.Haa.So kepada sesapa yang rasa macam pedih mata baca entri aku,aku tak paksa tatap mata baca post aku.Dipersilakan tekan button X kat atas nun.Lagipun blog ni dah takda reader.Tak apa.I tak kehsah.

So now aku dah start berbelog balik kot.Kot la.Kalau ada masa.So,welcome home.Bhahaha.Taknak baca sudahh.Bye.Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...